UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!
Nama
Email

Wednesday, March 28, 2012

3 Temujanji


3 Temujanji



Filem 3 Temujanji adalah filem Arahan daripada Hashim Rejab.
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Filem 3 Temujanji. Filem 3 Temujanji dilakonkan oleh Yana Samsudin sebagai Reanna, Pierre Andre sebagai Sein, Diana Amir sebagai Amanda dan Kamal Adli sebagai Kamal yang mana akan ditayangkan pada 05 Apr 2012.

Sinopsis:

Mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. 

Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

Saksikan kesudahan Filem 3 Temujanji ini. Apakah yang akan berlaku kepada Reanna.




Krew


Pengarah:
Hashim Rejab

Lakonan:
Yana Samsudin:Reanna (Pelakon Utama)
Pierre Andre:Sein (Pelakon Utama)
Diana Amir:Amanda (Pelakon Utama)
Kamal Adli:Kamal (Pelakon Utama)
Wawa Zainal:Adira (Pelakon Pembantu)
Farid Kamil:Farid (Pelakon Pembantu)
Zul Handyblack:Sam (Pelakon Pembantu)
Esma Daniel:Eizlan (Pelakon Pembantu)


Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar:(Pengarah Fotografi)
Hasnizar Ithnin:(Pengarah Seni)
Brian Ng:(Penyunting)


Penerbit:
David Teo:(Penerbit)



Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





No comments:

Post a Comment