UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!
Nama
Email

Thursday, March 15, 2012

Jidin Sengal

UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!

Nama
Email

Jidin Sengal

Filem Jidin Sengal adalah filem Arahan daripada Nur Esmi Zahara bt Yusof.
Outloud Studios Sdn Bhd adalah Syarikat Penerbitan bagi 
Filem Jidin Sengal. Filem Jidin Sengal dilakonkan oleh Along Cham
sebagai Jidin, Angah Raja Lawak sebagai Bob Dobot, Jue Aziz sebagai Amy,
Faezah sebagai Ella Sunti, Zack sebagai Iskandar dan Azrul Zaidi sebagai Jay-Z  
yang mana akan ditayangkan pada 22 Mac 2012



Sinopsis:


JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib. Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama.

Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian.

Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”. Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.


Pengarah:
Nur Esmi Zahara bt Yusof

Penulis:
Nur Esmi Zahara bt Yusof:(Cerita Asal)
Nur Esmi Zahara bt Yusof:(Lakon layar)


Lakonan:
Along Cham:Jidin (Pelakon Utama)
Angah Raja Lawak:Bob Dobot (Pelakon Utama)
Jue Aziz:Amy (Pelakon Utama)
Faezah:Ella Sunti (Pelakon Utama)
Zack:Iskandar (Pelakon Utama)
Azrul Zaidi:Jay-Z (Pelakon Utama)
Ernie Chen:Pengarah Ernie(Pelakon Pembantu)
Natalie:Farah (Pelakon Pembantu)
Amyza Aznan:Direktor telemovie (Artis Jemputan)
Norman Hakim:Cameo Pelakon Lelaki (Artis Jemputan)


Krew:
Abang:(Pengarah Fotografi)
Amilianor binti Nawari:(Pembantu Pengarah)
M. Norhakim bin Junid:(Penyunting)
Kam:(Pengurus Produksi)


Penerbit:
Lili Salhani bt Ismail:(Penerbit Bersama)
Ernie Chen:(Penerbit Eksekutif)



Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




No comments:

Post a Comment