Chantek
Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Filem Chantek
Filem Chantek dilakonkan oleh Pierre Andre sebagai Ad dan Maimon Mutalib sebagai Chantek yang mana akan ditayangkan pada 16 Februari 2012
Sinopsis:
Filem hasil pengarahan daripada pelakon utama iaitu Pierre Andre yang mengisahkan tentang AD, seorang selebriti filem yang hidupnya mewah dan ceria. Akan tetapi ditimpa kemalangan dan menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus tersempak tunangnya berlaku curang. Dengan hati yang sangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah peranginan dan telah dijaga oleh CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia. CHANTEK terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya yang sebenar. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan pada masa yang saya mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila CHANTEK terjumpa sebuah skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, CHANTEK terasa diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas membuat keputusan untuk melarikan diri daripada AD. Selama sebulan AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Akibatnya AD terjumpa CHANTEK dan setelah dirayu dan dipujuk barulah CHANTEK menerima semula AD dan cinta berputik kembali.
Penulis:
Pierre Andre:(Cerita Asal)
Pierre Andre:(Lakon layar)
Lakonan:
Pierre Andre:Ad (Pelakon Utama)
Maimon Mutalib:(Pelakon Utama)
Abon:Penerbit (Pelakon Pembantu)
Krew:
Dharma:(Pembantu Pengarah)
Mohd Fazreen:(Pengarah Seni)
Remy:(Pengarah Fotografi)
Ahmad Mustadha Bin Samingon:(Penyunting)
Penerbit:
Hisham A. Karim:(Penerbit)
Nota:
Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri.
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut.
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.
No comments:
Post a Comment