UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!
Nama
Email

Wednesday, March 21, 2012

Jangan Pandang-Pandang

Jangan Pandang-Pandang


Filem Jangan Pandang-Pandang adalah filem Arahan daripada Ahmad IdhamExcellent Pictures Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Filem Jangan Pandang-Pandang. Filem Jangan Pandang-Pandang dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak sebagai Ajis, Sara Ali sebagai Yaya dan Nas-T sebagai Ben yang mana akan ditayangkan pada 29 Mac 2012.

Sinopsis:

Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.

Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.

Pengarah
Ahmad Idham

Penulis:
Shariman Shafie:(Scriptwriter)
Ahmad Idham:(Lakon layar)

Lakonan:
Zizan Raja Lawak:Ajis (Pelakon Utama)
Nas-T:Ben (Pelakon Pembantu)
Sara Ali:Yaya (Pelakon Pembantu)
Miera Leyana:Marsha (Pelakon Pembantu)
Azhar Sulaiman:Abang Bob (Artis Jemputan)
Jaafar Onn:Pensyarah (Artis Jemputan)
Erin Malek:Gadis kampus (Artis Jemputan)

Krew:
Raja Mukhriz bin Raja Ahmad kamaruddin:(Pengarah Fotografi)
Rosli Mohd Taib:(Pembantu Pengarah)

Penerbit:
Ahmad Idham:(Penerbit)

Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.



No comments:

Post a Comment