UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!
Nama
Email

Saturday, January 28, 2012

Hantu Dalam Botol Kicap














Filem Hantu Dalam Botol Kicap adalah filem Arahan daripada Azhari Mohd Zain.
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Hantu Dalam Botol Kicap.
Hantu Dalam Botol Kicap dilakonkan oleh Angah Raja Lawak sebagai Hantu Botol Kicap dan Mon Ryanti sebagai Rina yang mana akan ditayangklan pada 09 Februari 2012


Sinopsis:


Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.


Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Pengarah:Azhari Mohd Zain

Lakonan:
Angah Raja Lawak:Hantu Botol Kicap (Pelakon Utama)
Mon Ryanti:Rina (Pelakon Utama)
Zalif Sidek:Epul (Pelakon Utama)
Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre:Azri (Pelakon Utama)
Maimon Mutalib:Nenek Temah (Pelakon Pembantu)
Wawa Zainal:Puteri (Pelakon Pembantu)
Ruzaidi Abdul Rahman:Hussin (Pelakon Pembantu)
Zila Bakarin:Aminah (Pelakon Pembantu)


Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar:(Pengarah Fotografi)
John Kajang:(Pengarah Seni)
Hazlin Salam:(Pembantu Pengarah)
Penerbit:David Teo:(Penerbit)






Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






No comments:

Post a Comment