UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!
Nama
Email
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

3 Temujanji


3 Temujanji



Filem 3 Temujanji adalah filem Arahan daripada Hashim Rejab.
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Filem 3 Temujanji. Filem 3 Temujanji dilakonkan oleh Yana Samsudin sebagai Reanna, Pierre Andre sebagai Sein, Diana Amir sebagai Amanda dan Kamal Adli sebagai Kamal yang mana akan ditayangkan pada 05 Apr 2012.

Sinopsis:

Mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. 

Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

Saksikan kesudahan Filem 3 Temujanji ini. Apakah yang akan berlaku kepada Reanna.




Krew


Pengarah:
Hashim Rejab

Lakonan:
Yana Samsudin:Reanna (Pelakon Utama)
Pierre Andre:Sein (Pelakon Utama)
Diana Amir:Amanda (Pelakon Utama)
Kamal Adli:Kamal (Pelakon Utama)
Wawa Zainal:Adira (Pelakon Pembantu)
Farid Kamil:Farid (Pelakon Pembantu)
Zul Handyblack:Sam (Pelakon Pembantu)
Esma Daniel:Eizlan (Pelakon Pembantu)


Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar:(Pengarah Fotografi)
Hasnizar Ithnin:(Pengarah Seni)
Brian Ng:(Penyunting)


Penerbit:
David Teo:(Penerbit)



Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.





Thursday, March 15, 2012

7 Petala Langit











UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!




Nama
Email







7 Petala Cinta

Filem 7 Petala Cinta adalah filem Arahan daripada Azhari Mohd Zain.
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi 
Filem 7 Petala Cinta. Filem 7 Petala Cinta dilakonkan oleh Aeril Zafrel sebagai 
Atar, Diana Amir sebagai Hilma Aqila dan Fizo Omar sebagai Hamka yang mana akan 
ditayangkan pada 15 Mac 2012


Sinopsis:


Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.


Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.


Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?


Pengarah
Azhari Mohd Zain

Lakonan:
Aeril Zafrel:Atar (Pelakon Utama)
Diana Amir:Hilma Aqila (Pelakon Utama)
Fizo Omar:Hamka (Pelakon Utama)


Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar:(Pengarah Fotografi)
John Kajang:(Pengarah Seni)
Hazlin Salam:(Pembantu Pengarah)


Penerbit:
David Teo:(Penerbit)


Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Thursday, February 2, 2012

Chantek

Chantek














Filem Chantek adalah filem Arahan daripada Pierre Andre.
Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Filem Chantek
Filem Chantek dilakonkan oleh Pierre Andre sebagai Ad dan Maimon Mutalib sebagai Chantek yang mana akan ditayangkan pada 16 Februari 2012



Sinopsis:


Filem hasil pengarahan daripada pelakon utama iaitu Pierre Andre yang mengisahkan tentang AD, seorang selebriti filem yang hidupnya mewah dan ceria. Akan tetapi ditimpa kemalangan dan menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus tersempak tunangnya berlaku curang. Dengan hati yang sangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah peranginan dan telah dijaga oleh CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia. CHANTEK  terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya yang sebenar. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan pada masa yang saya mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila CHANTEK terjumpa sebuah skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, CHANTEK terasa diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas membuat keputusan untuk melarikan diri daripada AD. Selama sebulan AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Akibatnya AD terjumpa CHANTEK dan setelah dirayu dan dipujuk barulah CHANTEK menerima semula AD dan cinta berputik kembali.

Pengarah:Pierre Andre

Penulis:
Pierre Andre:(Cerita Asal)
Pierre Andre:(Lakon layar)


Lakonan:
Pierre Andre:Ad (Pelakon Utama)
Maimon Mutalib:(Pelakon Utama)
Abon:Penerbit (Pelakon Pembantu)


Krew:
Dharma:(Pembantu Pengarah)
Mohd Fazreen:(Pengarah Seni)
Remy:(Pengarah Fotografi)
Ahmad Mustadha Bin Samingon:(Penyunting)


Penerbit:
Hisham A. Karim:(Penerbit)



Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.