UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!
Nama
Email

Saturday, January 28, 2012

Hantu Dalam Botol Kicap














Filem Hantu Dalam Botol Kicap adalah filem Arahan daripada Azhari Mohd Zain.
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Hantu Dalam Botol Kicap.
Hantu Dalam Botol Kicap dilakonkan oleh Angah Raja Lawak sebagai Hantu Botol Kicap dan Mon Ryanti sebagai Rina yang mana akan ditayangklan pada 09 Februari 2012


Sinopsis:


Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.


Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Pengarah:Azhari Mohd Zain

Lakonan:
Angah Raja Lawak:Hantu Botol Kicap (Pelakon Utama)
Mon Ryanti:Rina (Pelakon Utama)
Zalif Sidek:Epul (Pelakon Utama)
Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre:Azri (Pelakon Utama)
Maimon Mutalib:Nenek Temah (Pelakon Pembantu)
Wawa Zainal:Puteri (Pelakon Pembantu)
Ruzaidi Abdul Rahman:Hussin (Pelakon Pembantu)
Zila Bakarin:Aminah (Pelakon Pembantu)


Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar:(Pengarah Fotografi)
John Kajang:(Pengarah Seni)
Hazlin Salam:(Pembantu Pengarah)
Penerbit:David Teo:(Penerbit)






Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.






Friday, January 20, 2012

Sumpahan Kum-Kum









Filem Sumpahan Kum-Kum adalah filem Arahan daripada Ismail bob Hashim.
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Sumpahan Kum-Kum.
Sumpahan Kum-Kum dilakonkan oleh Fezrul sebagai Adi dan Putri Mardiana sebagai Nurul
yang mana akan ditayangkan pada 26 Jan 2012.



Sinopsis:

Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai.

Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL.

Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan
ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya
membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.





Pengarah:Ismail bob Hashim

Lakonan:
Fezrul:Adi (Pelakon Utama)
Putri Mardiana:Nurul (Pelakon Utama)
Lydiawati:Mak Tom (Pelakon Pembantu)
Echa:Tini (Pelakon Pembantu)
Maimon Mutalib:Mak Leha (Pelakon Pembantu)
Kazaar Saisi:Pak Nuar (Pelakon Pembantu)
Abdul Razak Ahmad:Imam (Pelakon Pembantu)
Krew:
Mohamad Ridhuwan bin Zainal Abidin:(Pengarah Fotografi)
John Kajang:(Pengarah Seni)
Eoon bin Shuhaini:(Pembantu Pengarah)
Brian Ng:(Penyunting)
Penerbit:
David Teo:(Penerbit)

 


Nota: Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.




Thursday, January 19, 2012

Azura 2012






Filem Azura 2012 adalah filem Arahan daripada Aziz M.Osman. 
Ace Motion Pictures Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Filem Azura 2012
Filem Azura 2012 dilakonkan oleh Neelofa dan Shah Jaszle yang mana akan
ditayangkan pada 02 Feb 2012. Filem Azura yang asal telah diterbitkan 
pada tahun 1994 yang mana telah dilakonkan oleh Jamal Abdillah sebagai heronya
dan Ogy Ahmad Daud sebagai heroinya. 


Sinopsis:

Ia mengisahkan Azura, seorang gadis remaja yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min dan Mekah pada 1990. 

Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. Di samping itu, dia mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura telah bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan.Azura dan Zek lari ke London dan berkahwin di sana. Cinta mereka dihalang oleh bapa Zek,  iaitu Tan Sri Putih dengan pelbagai dugaan. 

Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala Azura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.

Untuk mengetahui kesudahannya, saksilah di pawagam bermula 02 Feb 2012..

Pengarah-Aziz M.Osman

Penulis-Aziz M.Osman:(Scriptwriter)
Aziz M.Osman:(Lakon layar)

Lakonan:
Neelofa:Azura (Pelakon Utama)
Shahz Jaszle:Zek (Pelakon Utama)
Afdlin Shauki:Tan Sri Putih (Pelakon Pembantu)
Krew:Ramli Long:(Pengarah Fotografi)
Along:(Pengarah Seni)

         


Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri.
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut.
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.