UPDATE PERCUMA. Masukkan maklumat di bawah untuk update PERCUMA daripada saya.Saya ada menyediakan Hadiah Istimewa Kepada 10 Orang Yang Terawal.Ikhlas dari saya KHAS untuk anda semua.SILA KLIK LINK PENGESAHAN DI DALAM EMAIL DARI KAMI!
Nama
Email

Wednesday, April 4, 2012

Filem Berani Punya Budak


Filem Berani Punya Budak







Filem Berani Punya Budak adalah filem Arahan daripada Afdlin Shauki.
Vision Works (M) Sdn Bhd adalah Syarikat Penerbitan bagi Filem Berani Punya Budak. 
Filem Berani Punya Budak dilakonkan oleh Afdlin Shauki sebagai Tong, Awie sebagai John dan Sharifah Sofea sebagai Meaw yang mana akan ditayangkan pada 26 Apr 2012.



Sinopsis:


Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. 

Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?




Krew


Pengarah:
Afdlin Shauki

Penulis:
Afdlin Shauki:(Lakon layar)

Lakonan:
Afdlin Shauki:Tong (Pelakon Utama)
Awie:John (Pelakon Utama)
Sharifah Sofea:Meaw (Pelakon Utama)
Adlin Aman Ramlie:Detektif Azman (Pelakon Pembantu)
Johan Raja Lawak:Detektif Azlan (Pelakon Pembantu)
Nabil:Adik John (Pelakon Pembantu)
Riezman Khuzaimi:Informer (Pelakon Pembantu)

Krew:
Botak PM:(Pengurus Produksi)

Penerbit:
Noradyman bin Md Sulaiman:(Penerbit)
Afdlin Shauki:(Penerbit Eksekutif)
Datuk Jason Lau:(Penerbit Eksekutif)


Nota:


Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. 
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut. 
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.